Sunday, 13 November 2011

jem paling panjang! 60 miles

Di Malaysia jam paling teruk aku pernah alami ialah antara Shah Alam ke Damansara bila drive di NKVE. Aku benci gila bawak kereta dekat KL pasal aku tak ada kesabaran nak menahan marah.

Tetapi jam di China lagi gila babi. Di lebuhraya antara Beijing dan Tibet sekarang ada jam yang maha hebat. Panjang jam ini sekarang ialah 60 batu (100 kilometer). Akibatnya pemandu yang ada diatas lebuhraya ini terperangkap sehingga 3 hari diatas jalan. Kesesakan disebabkan pembinaan dan kerja baikpulih lebuhraya yang sedang berlangsung di lebuhraya yang sama. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini jumlah lori yang menggunakan lebuhraya ini meningkat dengan mendadak mengakibatkannya rosak teruk.Walaupun sekarang ialah peak season, kerajaan China terpaksa juga melakukan pembaikan terhadap jalan yang rosak. Serba salah dibuatnya. Kalau tak baiki jalan JAM , baiki jalan pun JAM. Last-last pengguna lebuhraya yang seksa.


Tambah tensen lagi bila si pengguna lebuhraya terpaksa membayar lebih untuk makanan dan minuman. Kebanyakkan tuan punya kedai makan menaikkan harga sehingga 4 kali ganda kerana tahu mahal macamanapun benda jualan pasti laku. Aneh! China sebuah negara komunis kini sudah ada peniaga yang sungguh KAPITALIS

Sebenarnya pemandu-pemandu yang terkandas ini ada pilihan jalan lain untuk ke Tibet atau Beijing. Tapi derang tak mau gunakan jalan alternatif pasal nak jimatkan kos. Jalan-jalan lain dikenakan tol dan jalannya lebih jauh. Sebab nak jimatkan kos derang sanggup camping atas jalan 3 hari! Gila!



Kalau korang dalam situasi yang sama apa korang buat? Ambik jalan long cut bertol atau gagahkan diri macam pemandu dari China?

No comments:

Post a Comment