Thursday, 10 November 2011

Tutorial : Nak Tahu Siapa Copy Gambar di Facebook






Salam !


harini saya nak mengajar korang bagaimana nak periksa siapa yang ambil gambar kita tanpa kebenaran.. manelah tahu kan? ada orang kat internet nih guna gambar kita, copy dan edit kat Photoshop jadi gambar yang tak senonoh ke? atau copy gambar kita dan buat profile facebook yang palsu? kita tak tahu semua tuh.. alih-alih nama kita jugak yang busuk.. tapi dengan tutorial ini, InsyaAllah, semua gambar yang dicopy di Facebook, Myspace, Friendster dapat kita ketahui! cemane? jom! :D



 memula sekali ialah :

 

Facebook profile anda




1.  COPY image url dari profile picture Facebook anda.. 




2. pergi ke TINEYE.com kerana dengan menggunakan laman web ini, kita akan cuba jejak siapa yang pernah gunakan gambar kita di tempat lain di internet..laman web nih juga tidak memerlukan anda register ape semua, free of charge! hehehe.. PASTE url tadi sepertimana dalam gambar di atas..


*** korang juga boleh masukkan gambar secara manual dari komputer korang untuk cek siapa yang gunakan gambar korang..


sila refer




3. tadaa! tengok, berapa RESULT yang ada lepas korang masukkan url tuh.
*** kalau result korang 0, tak bermaksud gambar korang tak kena copy, mungkin laman web tuh tak sempat mencari seluruh internet.. internet nih besar~~ :) so precaution is a must for you...
selain dari nak cek siapa yang guna gambar kita tanpa kebenaran, benda nih pon leh cek profile yang palsu di facebook.. manelah tau kan, ada awek / balak hensem yang cantik nak ADD anda tapi menggunakan gambar orang lain untuk mengenakan anda.. so waspada lah yer? :)

p/s : jangan bermain kayu tiga.. setialah pada yang satu... :P

No comments:

Post a Comment